@ Untuk Ibu Bapa Tercinta

Sunday, June 29, 2014

Seingat Ibu, kedua ibubapa Ibu telah banyak berkorban untuk Ibu. Dari kecil lagi - Mama menjaga Ibu time Ibu sakit - sepanjang malam Mama tak tidur sebab badan panas. Kemudian bangun pukul 5 pagi masak breakfast dan lunch untuk kami.


Kalau Abah pula, sentiasa hantar Ibu ke sana sini - pergi tuisyen, sekolah atau subuh-subuh pagi ambil Ibu di stesen bas (ni kes balik dari university). Kemudian, balik keja tak sempat masuk rumah, kami dah call pesan beli goreng pisang la burger la.
 
Father and Daughter on Father's Day
 
Masa dulu rasa benda ni remeh, tapi bila diri sendiri jadi parent. Hmm baru tau betapa besar pengorbanan tu. Tidur tak lena, pergi ofis otak ding dong. Balik rumah kena urus hal rumah lagi. Huhu. Baru sedar betapa besar pengorbanan Abah dan Mama.
 


 
Jadi sekarang ni, as anak. Ibu cuba balas balik setakat mana yang boleh. Walaupun Ibu tak dapat sentiasa balik kampong tapi Ibu cuba kerap call dan juga buat apa yang menyenangkan hati mereka. Selain itu, satu cara lagi  kita boleh hadiahkan mereka hadiah kesihatan melalui AIG Injury Guard.
 
AIG Injury Guard dapat membantu menjaga parent kita secara tidak langsung - contohnya plan perlindungan sehingga RM500000 untuk kemalangan kecil seperti terbakar, patah tulang dan juga jika masuk hospital. Kalau dah jadi nak bayar sendiri memang mahal maka AIG Injury Guard ni sebenarnya banyak membantu. Plan pun semurah RM67 sebulan untuk diri sendiri dan kedua ibu bapa. Maklumat lanjut boleh check di sini: http://www.aigdirect.com.my/thebenefits_1558_475487.html
 
 

@ Bebas, Aktif dan Selesa bersama Huggies® Dry Pants

Monday, June 23, 2014

Ibu memang gemar menggunakan Huggies® Dry Pants. Lebih-lebih lagi Cik Amani untuk kegunaan Cik Amani kita yang aktif ni. Anak dara sorang ni memang gemar meng'explore' dan aktif bergerak ke sana sini. Oleh itu Ibu kena pilih yang terbaik supaya Amani sentiasa selesa, kering dan mudah bergerak. Meh tengok gambar Amani di rumah. Ni baru lepas pakai Huggies® Dry Pants - pakai seluar tak sempat dah main.
 


 
Selesa bergerak



Ha panjat kerusi pula
 

 
Lompat pula
 
 
Dulu Ammar pakai sekarang Amani pula

Macam tu la Amani seharian. Jadi pemilihan diaper yang tahan lasak dan selesa dipakai sangat penting. Kalau tak mesti dah bocor. Sebab itu Ibu pilih Huggies® Dry Pants  - senang dipakai, selesa digunakan dan sesuai dengan aksi aktif Amani. Heh.

@ Kempen HUGGIES® ‘MAXIMUM COMFORT, MAXIMUM MOVEMENT’

Wednesday, June 18, 2014

Baru-baru ni Ibu dapat information berkenaan kempen HUGGIES® ‘MAXIMUM COMFORT, MAXIMUM MOVEMENT’. Kempen apa tu? Kempen ini meraikan keperluan anak-anak kecil untuk bergerak bebas supaya mereka dapat menerokai dan menyelami dunia sekeliling mereka yang menakjubkan! Kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’ melibatkan pengguna dengan cara bersepadu, menggunakan pelbagai saluran seperti di TV, digital, peragaan, promosi dan pemberian sampel percuma di kedai, siri jelajah dan melalui laman web Huggies® Malaysia, serta aktiviti berasaskan pengalaman, termasuk “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” di seluruh negara.

 

Dari sekarang hingga 1 Ogos, Huggies® Dry Pants mempelawa ibu bapa (dan si manja tersayang mereka yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun) untuk mengalami keselesaan terunggul lampin seluar dan memenangi hadiah wang tunai dan barangan bernilai lebih RM20,000 serta peluang seumur hidup untuk menjadi tumpuan utama dalam pengiklanan jenama dan inisiatif promosi. Ketahui lebih lanjut di www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia!
 
Eh-eh mesti ada yang nak tahu pasal “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” ni. Ini infonya:

Hantarkan sekeping gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’ anak anda bersama dengan borang pendaftaran yang telah dilengkapkan dengan bukti pembelian Huggies® Dry Pants dalam satu resit. Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian, dan kedai terpilih akan menyediakan gerai gambar khas di mana anda boleh mengambil gambar si bintang kecil anda dan menyerahkan gambar dan borang penyertaan pada masa itu juga.
Sementara itu, ibu-ibu juga boleh menyertai peraduan bayi ini di siri jelajah Huggies® Dry Pants yang akan diadakan di pelbagai pasar raya besar and pasar raya di seluruh negara sehingga akhir Julai dan nikmati promosi menarik dan aktiviti yang menyeronokkan pada acara itu.
 

Peserta cilik dengan pergerakan yang paling unik akan memenangi hadiah menarik, termasuk RM 10,000 (hadiah utama), RM 7,000 (hadiah pertama) dan RM 4,000 (hadiah kedua), serta tujuh hadiah sagu hati yang berupa bekalan Huggies® Dry Pants selama enam bulan. Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®.

Jadi, biarkan anak anda mengalami keselesaan maksimum, pergerakan maksimum dengan Huggies® Dry Pants, satu-satunya lampin yang direka untuk keselesaan terunggul, serasi dengan punggung bayi serta memberi kebebasan bergerak kepada bayi dan kanak-kanak yang aktif! 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.


 

@ Belengas

Wednesday, June 11, 2014

Belengas atau comot lomot definisinya. Ibu memang tak suka tengok anak Ibu belengas - baju comot, berhingus atau muka melekit2. Masa Ibu dengan Ammar, memang Ibu jaga betul. Kalau baju comot sikit Ibu terus tukar.
 
Tapi sekarang bila Ibu kerja. Ammar dah ok sebab dah besar. Tapi Amani asal Ibu balik je mesti belengas dan berlomoih. Huhu. Siap ada makanan kat baju. Huhu. Kesian anak dara Ibu.
 
Kalau Ibu dok rumah pun sekarang. Dengan perut makin sarat. Memang tak sempat nak maintain macam dulu. Amani nak makan sendiri dan haruslah comot kan. Ibu pejam mata jelah biar die main sampai petang baru mandikan cantik cantik.
 
Huhu. Now Ibu faham kenapa ada setengah parent boleh biar anak comot lomot. Tak larat nak mandikan dan tukar baju. So pejam mata jelah kalu sikit2. Baru anak dua ni. Masuk 3 ni tak leh bayang. Huhu.
Rambut dah ke mana ikatnya
 
 
Abang Ammar pun nak interframe :P

@ Soalan Tiada Penghujung

Tuesday, June 3, 2014

Ada orang forward gambar ni kat Ibu. Hmm memang betul. Setiap fasa dalam hidup - ada je soalan yang orang nak tanya. Belum kahwin - Bila nak kahwin? Dah kahwin - Bila nak ada anak? and so on. Macam Ibu sekarang, bila Ibu cakap pregnant anak ketiga, dah ada cakap macam kilang anak. Huhu. Aduhai. Sabar jelahkan.
 
Jodoh dan anak ni rezeki. Anak perempuan atau lelaki itu juga ketentuan Allah. Jadi harap kepada yang suka bertanya fikirlah dulu. Kadang-kadang ya kita faham, soalan-soalan tu macam soalan berbasi basa. Macam lama tak jumpa kawan lama - mesti tanya - dah kahwin? ada anak? Itu biasalah. Cuma bila ada yang tanya dengan nada dan riak muka - itu yang tak tahan sikit. Tapi takpelah- pasrah jelah ye. :P.
 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop