@ Mom’s Time Out!

Monday, August 25, 2014

Dah sebulan Ibu menjadi seorang mak beranak tiga. Memang kelam kabut di rumah. Padahal sekarang ni tok mama kat rumah lagi. Ibu habis pantang tok mama balik memang la lagi pening. Huhu. Memang dah ala-ala zombie sekarang sebab tak cukup tidur. Kadang terfikir, kalaua boleh dapatkan time out sekejap - pergi rehat dan tidur. Biar ayah pula yang handle anak-anak dan rumah.
 
Ibu cemburu dengan tiga Ibu yang dapat peluang keemasan untuk time out. Dapat tajaan lagi dalam 5 hari gateaway dalam rancangan Lifetime. Nama rancangan tu Mom’s Time Out!. #MomsTimeOut
 
LIFETIME akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah. Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.  
 
 
Keluarga yang terlibat dalam rancangan tu ialah;
 
Keluarga Bailey

 
Keluarga Jason

 
Keluarga Pang
 
Heh. Mesti macam-macam peristiwa menarik kan terjadi. Boleh bayang macam mana Ayah nak handle semua budak-budak tu. Huhu. Jom tengok macam mana suami mereka handle anak dan rumah masa ketiadaan mereka.
 



Selain itu, Mom’s Time Out akan membawakan kepada penonton pengalaman skrin kedua interaktif menerusi perbincangan mingguan. Penonton boleh memuat turun aplikasi ScanAd pada peranti Apple dan Android mereka dan menyertai perbincangan keibubapaan yang memperkatakan pelbagai topik dari menguruskan tabiat sosial anak hingga mengendalikan anak yang mengamuk. Sambil kutip ilmu - boleh juga berpeluang memenangi 3D2N stay at Angsana Lang Co, Central Vietnam. Haa best tu.
 
Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central Vietnam, KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini. Sambil tengok gelagat keluarga ni boleh juga intai destinasi menarik nak bawa anak jalan-jalan kan.
 
 
“Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada ibu-ibu dalam siri Mom’s Time Out yang selama ini telah bekerja keras menguruskan rumah tangga. Dengan pemandangan indah Laut Timur dan gunung-ganang yang memukau, resort percutian tropika Angsana Lăng Cô yang anggun, kontemporari dan penuh keseronokan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan bersantai. Kami yakin bahawa ibu-ibu ini akan menghargai waktu percutian mereka di Angsana Lăng Cô dan benar-benar seronok menerokai Vietnam Tengah,” kata Jacqueline Kennedy, Pengarah Kawasan bahagian Jualan dan Pemasaran bagi Angsana Lăng Cô, Central Vietnam.

Themed Attractions and Resorts, yang mengendalikan taman tema terkenal KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan The Little Big Club, berbangga menyediakan destinasi pendidikan dan rekreasi untuk keluarga siri Mom’s Time Out. “Destinasi yang menawarkan sesuatu yang relevan dan berguna kepada ibu bapa dan anak-anak sememangnya mengeratkan talian kekeluargaan. Taman-taman tema kami berbuat demikian dengan membolehkan ahli keluarga meluangkan masa berkualiti untuk bermain bersama,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Pemasaran, Themed Attractions and Resorts.
 
Ikuti pengembaraan keluarga yang lucu ini dalam Mom’s Time Out pada bulan Ogos ini (28 Ogos 2014) di saluran LIFETIME. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifetimeasia.com/MomsTimeOut
 


#MomsTimeOut

LIFETIME™ ditayangkan di Astro Saluran 709, Pek Variasi.

 

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

salam yana. lama saya x singgah sini. rupanya dah bertiga ye, Alhamdulillah. Tahniah ye buat yana dan keluarga. take care!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop