@ Rezeki bulan September

Sunday, September 28, 2014

Alhamdullilah bulan ni Ibu memenangi dua award - daripada I-IdeA dan juga Eureka. Dua-dua ni innovation competition. Bila judge temubual tu, rasa macam Viva pula. Dahla kena judge omputih :). Takpe bagi Ibu semua ni practice supaya lebih berani di masa hadapan. Insyaallah akan Ibu usaha lagi untuk menjadi lebih baik.






@ Share the Softness Campaign

Monday, September 22, 2014



 
Hmm itulah yang Ibu kongsikan di Facebook Kleenex Malaysia sempena kempen Share the Softness. Sebagai pasangan suami isteri, kami telah melalui segala detik, detik indah yang satu dalam sejuta seperti kelahiran anak-anak kami, Ammar, Amani dan Amina - bagaimana Ayah sabar di sisi Ibu sepanjang mengandung hinggalah saat anak-anak kami bernafas di bumi Allah yang indah ini dan bagaimana kami menikmati pembesaran mereka - dari mula senyum sehingga pandai menyanyi :).
 
Kami juga melalui detik sukar bersama - bagaimana Ibu menangis di samping Ayah di saat getir dan bagaimana Ayah beri semangat Ibu berjuang hingga mendapat apa yang Ibu impikan. Terima kasih Ayah. Terima kasih Mukhlis Sapiyan. You are my hero!! #kleenexsoftness
 
 
 Us :)
 
Sertai Kleenex untuk lafazkan touch of softness anda melalui Facebook dan bukan itu sahaja. Anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10000. Selain itu, setiap post di Facebook juga akan membantu dalam menderma kepada OrphanCARE, sebuah organizasi non-profit. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

 
Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan. Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000
Apatah lagi, perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna. 
Sama ada sekadar galakan atau dorongan biasa atau pelawaan untuk duduk bersembang, sentuhan kelembutan boleh membuatkan seseorang berasa dihargai. Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!

Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.


Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (
www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
 

@ Keluar jom

Friday, September 19, 2014

Hehe gambar kat bawah ni sangat betul. Mak pikir dan nak kena urus macam-macam. Selalu pakai tudung dan bedak pun dalam keta. Huhu :P

@ Bengkel JOHNSON’S® BABY DAN DOKTORBUDAK

Monday, September 15, 2014

JOHNSON’S® BABY DAN DOKTORBUDAK MENGANJURKAN BENGKEL “ARE YOU CARING FOR HIS SKIN THE RIGHT WAY?” UNTUK PARA IBU!
 
Ibu-ibu berpeluang menghadiri sesi interaktif mengenai penjagaan kulit bayi dengan pakar kanak-kanak dan Johnson’s® Baby pada siri jelajah Urban Mom 2014!
 
Johnson’s® Baby dengan kerjasama Doktorbudak, iaitu sebuah usaha sama dalam talian secara sukarela yang pertama dan terbesar di kalangan pakar kesihatan kanak-kanak yang menjawab soalan tentang kesihatan kanak-kanak, menganjurkan bengkel interaktif untuk berkongsi petua-petua praktikal dan nasihat pakar dengan ibu-ibu tentang bagaimana menjaga kulit bayi yang halus dan lembut pada siri jelajah Urban Mom 2014.
 
Bengkel yang bertajuk “Are you Caring for his Skin the Right Way?” menampilkan dua orang pakar pediatrik, iaitu Dr Aileen Wee dan Dr Yap Hsiao Ling, yang memberikan pengalaman interaktif sebenar kepada ibu-ibu mengenai perkembangan dan penjagaan kulit bayi yang sihat dan bersesuaian dengan usia mereka. 




Dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam penjagaan kulit bayi, memang sepatutnya kami berkongsi pengetahuan ini dengan ibu-ibu di Malaysia supaya mereka dapat menjaga kulit bayi mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran,” kata Cik Chen Pei Ming, Pengurus Kanan Pemasaran Profesional OTC, Johnson & Johnson Malaysia. “Ramai ibu bapa tidak menyedari betapa halus dan lembutnya kulit bayi, maka adalah penting anda maklum tentangnya dan membuat pilihan yang tepat demi kesihatan kulit bayi anda,” jelas Dr Wee. “Ini termasuk menggunakan produk yang dirumus khas untuk menjaga keperluan kulit bayi yang halus, terutama pada tahun pertamanya ketika kulitnya masih sedang berkembang.”



Tips Memahami dan Menjaga Kulit Bayi dengan Cara yang Betul:

  • Kulit bayi adalah 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa, dan kehilangan air lebih cepat dalam 12 bulan pertama kehidupannya.
  • Produk penjagaan kulit khusus untuk bayi yang betul amatlah penting pada bulan pertama kehidupan bayi kerana kulit bayi lebih mudah mengalami kekeringan, kerengsaan dan jangkitan dalam tempoh ini.
  • Walaupun penting untuk tidak menggunakan sabun yang kuat kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit bayi, menggunakan air sahaja tidak memadai. Berdasarkan penyelidikan oleh Johnson’s® Baby, bayi yang dibersihkan menggunakan Johnson’s® Baby Top to Toe Wash tidak menunjukkan sebarang perbezaan dalam beberapa penunjuk utama apabila dibandingkan dengan bayi yang dibersihkan menggunakan air sahaja. Ini menunjukkan bahawa Johnson’s® Baby Top to Toe Wash lembut pada kulit seperti air.
  • Adalah penting untuk membersihkan muka, leher, tangan dan punggung bayi anda dengan teliti setiap hari. • Lebih penting lagi untuk mengkaji semula produk dari perspektif kelembutan dan keselamatannya dan juga bukti saintifik daripada semata-mata bergantung pada label yang mengatakan ia ‘semula jadi’ atau ‘organik’.
  • Memilih pembersih yang tepat untuk bayi anda, terutama dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran, dapat membantu menghalang kerosakan kulit yang sukar dipulihkan seperti kemerahan dan kegatalan, kekeringan, mengelupas dan kasar serta rasa tegang selepas mencuci.
  • Tidur yang nyenyak pada waktu malam memberi perbezaan yang besar dalam pembawaan bayi apabila dia bangun! Inilah sebabnya mengapa rangkaian produk Johnson’s® Baby Bedtime dihasilkan, dengan rumusan unik untuk membantu merelakskan bayi, dengan itu memudahkan mereka tidur nyenyak pada waktu malam. Harumannya yang unik dan bahan-bahan yang lembut daripada pati Natural Calm™, yang terdapat dalam seluruh rangkaian produk yang terdiri daripada mandian, losyen, minyak dan bedak. Paling penting, Johnson’s® Baby juga mempunyai rutin yang terbukti secara klinikal untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak yang akan ditunjukkan sebentar lagi!
 
Beberapa Petua Penting mengenai Penjagaan Kulit Bayi:
  • Pertama sekali, pilih produk penjagaan kulit yang betul yang dirumus khas sebagai selamat dan lembut untuk bayi.
  • Selepas mandi, sapukan losyen atau minyak urut pada kulit bayi untuk mengekalkan lembapan di dalam kulit bayi.
  • Adalah penting untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang petanda kerengsaan kulit, terutama pada lipatan kulit seperti leher, bahagian dalam siku dan di belakang lutut di mana kotoran, peluh atau lembapan berlebihan boleh terperangkap. Sebarang ruam hendaklah segera dirawat untuk mengelakkannya daripada menjadi bertambah teruk.
  • Ibu-ibu juga boleh menolong mengurangkan pendedahan bayi kepada perengsa dengan mencuci pakaian dan peralatan tempat tidur baru sebelum digunakan, menggunakan penghalau dan jaring nyamuk untuk mengelakkan gigitan serangga, dan menjauhkan bayi daripada matahari bilamana mungkin.
 
Menjaga keperluan unik kulit bayi adalah sebabnya mengapa produk Johnson’s® Baby diuji secara klinikal sebagai selamat, lembut dan berkesan, justeru memastikan setiap produk menepati piawaian “Best for Baby™ Standard”:
  • selamat, kerana semua bahan mempunyai tujuannya dan disokong oleh bukti saintifik, diuji dengan piawaian ketat yang menepati atau melebihi tahap keselamatan yang diterima; ini termasuk pembungkusan dan juga dakwat yang digunakan untuk mencetak;
  • lembut, Johnson’s® Baby melakukan ujian berulang kali ke atas produk pembersih dengan bantuan pakar bebas untuk menilai potensi produk – daripada agen pembersih hinggalah kepada wangian malah buihnya juga – demi memastikan produk tersebut tidak menyebabkan kemerahan, rasa pedih dan kerengsaan pada kulit, rambut dan mata bayi;
  • berkesan, dengan manfaat dan keberkesanan terbukti untuk menghormati dan menjaga keperluan unik kulit bayi.
Bengkel ini diakhiri dengan acara kemuncak petang itu, iaitu demonstrasi urutan bayi yang diketuai oleh Dr Yap, yang menjelaskan, “Deria sentuh amat penting bagi manusia, dan urutan telah lama diketahui sebagai mempunyai manfaat yang positif. Untuk bayi, penyelidikan menunjukkan bahawa urutan boleh menolong mengurangkan kembung perut, menggalakkan tumbesaran yang lebih baik dan tidur yang lebih nyenyak.”
 

 
Urut Amina

 
Amina nangis sudah
 
 
 
Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Johnson’s® Baby terhadap penjagaan kulit yang selamat, lembut dan berkesan di www.johnsonsbaby.com atau dapatkan maklumat terkini melalui www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com, di mana anda juga boleh mengemukakan soalan yang akan dijawab oleh panel Doktorbudak!

@ Merdeka la Ibu

Sunday, September 7, 2014

Takde kena mengena dengan hari merdeka. Merdeka sebab dah habis pantang. Hehe. Boleh makan macam biasa tapi sedih my mom dah balik dah so kena masak sendiri makanya tak best juga. Huhu.

Semalam first time bawa Amina keluar. Itu pun sebab ada blogger event. Johnson blogger event. Alhamdullilah Amina ok je. Bolehla p redeem voucher jusco dan pi makan dulu sebelum pi event. Pasal event lain entri ya. ;) kalau blog via hp ni pendek-pendek je reti. Huhu.

@ Kerusi IKEA Murah

Monday, September 1, 2014

Kerusi Ikea yang solid wood memang bagus. Tapi mahaalll. Dulu dah pernah beli 2 untuk dapur. Ingat nak cari satu lagi. Maklumlah ahli dah bertambah. Heh. Sebelum deliver hari tu sempat ke Ikea. Ibu terjah section As If dia. Dah banyak kali pergi tapi tiada yang best. Agaknya ramai dah tahu so barang cepat habis. Dulu ramai tak tahu so barang banyak. Kali ni alhamdullilah ada kerusi kayu yang cantik. Macam biasa dalam 50% harga asal. Dapatlah dalam Rm80. Ingat nak beli hitam macam dalam gambar sebab cantik sangat tapi ayah cakap tak match pula dengan yang dah ada. So beli yang warna coklat juga. Yeayy. Lepas ni aim nak cari meja dapur yang besar sikit pula. Huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop