@ Share the Softness Campaign

Monday, September 22, 2014



 
Hmm itulah yang Ibu kongsikan di Facebook Kleenex Malaysia sempena kempen Share the Softness. Sebagai pasangan suami isteri, kami telah melalui segala detik, detik indah yang satu dalam sejuta seperti kelahiran anak-anak kami, Ammar, Amani dan Amina - bagaimana Ayah sabar di sisi Ibu sepanjang mengandung hinggalah saat anak-anak kami bernafas di bumi Allah yang indah ini dan bagaimana kami menikmati pembesaran mereka - dari mula senyum sehingga pandai menyanyi :).
 
Kami juga melalui detik sukar bersama - bagaimana Ibu menangis di samping Ayah di saat getir dan bagaimana Ayah beri semangat Ibu berjuang hingga mendapat apa yang Ibu impikan. Terima kasih Ayah. Terima kasih Mukhlis Sapiyan. You are my hero!! #kleenexsoftness
 
 
 Us :)
 
Sertai Kleenex untuk lafazkan touch of softness anda melalui Facebook dan bukan itu sahaja. Anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10000. Selain itu, setiap post di Facebook juga akan membantu dalam menderma kepada OrphanCARE, sebuah organizasi non-profit. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

 
Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan. Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000
Apatah lagi, perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna. 
Sama ada sekadar galakan atau dorongan biasa atau pelawaan untuk duduk bersembang, sentuhan kelembutan boleh membuatkan seseorang berasa dihargai. Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!

Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.


Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (
www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
 

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop