@ Ammar @ Kilang Gardenia

Friday, October 10, 2014

Hari ni tadika abang Ammar ada rombongan ke Kilang Gardenia. Ini kali kedua abang Ammar pergi ikut rombongan sekolah. Dulu ke kilang vitagen, kali ni ke kilang gardenia dan kilang buat pasu. Ayah cakap, Ayah pun nak join macam ni. Best. Masa first time dulu memang Ibu risau juga, kali kedua ni ok dah. Dah rileks. Huhu besar dah ye abang Ammar.
 
Semangat abang ammar bangun pagi tadi. Dah seminggu pesan kat Ibu - "Ibu cikgu cakap tak payah bawa air, beg atau makanan, semua cikgu dah sedia". Memangla nak oi, RM85 tu Ibu bayar nak pergi rombongan punya pasal. Huhu. Tadi cikgu ada hantar gambar. Hepi ye. Maklumlah rombongan sekolah lunch KFC. Teringat Ibu pergi rombongan dulu - makan nasi lemak je. :P
 
 
 Ce cari mana abang Ammar :)
 
Banyak juga roti abang ammar bawa balik. Kakak amani la makan. Terus peluk abang ammar. Hehe. Peluk bukan sebarang peluk ni, peluk ada sebab no. Hehe.
 
 
P.s: Roti yang strawberi tu sedap la - kena cari ni. Hehe.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

amirah said...

bestnyaaa...kalo kita pegi mesti kita borong roti byk2..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop