@ Untuk Rambut Lembut

Tuesday, November 10, 2015

Rambut Amani dah panjang. Dulu senang nak ikat. Tapi sekarang kadang2 Amani dah tak nak ikat. Dia suka lepaskan rambut.

Memandangkan bila mandi Amani pakai yang head to toe. Rambut jadi a bit kering. Akhirnya Ibu jumpa solution. Leave in conditioner jenama Little Green Kids. Memang lembut je bila pakai. Ibu suka ;).

@ Penyusuan Susu Ibu - Penting Tau!!

Monday, October 19, 2015



 Ibu percaya yang penyusuan badan itu penting. Semua anak Ibu menyusu selama 2 tahun. Penyusuan Ibu banyak manfaatnya kepada anak. Antara manfaatnya ialah





Susu Ibu baik untuk anak kerana



Eh bukan saja pada anak. Pada Ibu juga.





Adalah penting untuk menyusu anak secara eksklusif untuk 6 bulan. Ini adalah kerana susu ibu adalah makanan terbaik dan lengkap bagi bayi. Ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja selama 4-6 bulan yang pertama dan meneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun.

Selain itu, penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif. Barulah isteri semangat nak susukan bayi secara ekslusif.




Alhamdullilah Ayah banyak menyokong. Kena kuatkan semangat menyusu ni sebab banyak kelebihan. Ibu paling suka bila berat turun.. Anak-anak pun alhamdullilah membesar dengan sihat dan ceria.





Sekarang Amina je masih menyusu badan





Untuk maklumat lanjut boleh layari: www.infosihat.gov.my

@ Sambutan Bulan Play-Doh

Wednesday, September 23, 2015

Korang suka Play-Doh? Anak-anak Ibu memang suka sangat. Kepada yang berminat boleh join cubaan Play-Doh untuk memasuki The Malaysia Book of Records pada 26 September 2015 ni di One Utama.
 
Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
 
Sebelum tu boleh prektis dulu :)
 
Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
 
Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.
Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
 
 
 
Ammar and Play-Doh
 

Amani nak main juga
 

 
Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!
 
Hasil karya geng Ammar, Amani, Mak Su dan Ibu
 
Hehe. Cantik tak? Paling penting memang best. Jom sertai Play-Doh
 
 
 
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.

@ Friso Gold Pilihan Anak Ibu

Wednesday, September 16, 2015

Pemilihan susu yang sesuai dan banyak khasiatnya sangat penting untuk tumbesaran anak. Kadang-kadang bila mereka bertambahumur, susu yang selama ini diminum jadi kurang serasi. Baru-baru ni Amani, umur 3 tahun - ada masalah sembelit. Ibu suspect sebab susu. Jadi Ibu kena cari susu lain. Ibu try tukar susu ke Friso Gold. Ramai kawan Ibu suggest tukar ke Friso Gold. Ini kerana Friso Gold mengandungi Vitamin B6 dan C, Selenium, GOS, Zinc dan DHA. Semua ini penting untuk menyokong ketahanan badan anak kita. Friso Gold juga 100% dari Holland. Makanya, Ibu decide nak bagi Amani dan Amina, umur 2 tahun minum Friso Gold ni.




Amani dan Friso Gold


First time nak cuba. Packaging cantik dan kemas. Harga pun berbaloi-baloi, untuk Step 3 hanya RM60.40 (900g) dan Paling Ibu suka ialah penutupnya. Memang lain dari yang lain. Senang nak buka tutup dan lebih selamat (selamat dari kes tutup tak rapat dan masuk angin). Oh ya kalau perasan di penutup tin tu – ada protection lid. Memang direka khas untuk letak sudu susu untuk menjaga kebersihan dan elak susu daripada tercemar. Friso Gold ni satu-satunya brand yang ada protection lid ni tau. Tapi memang mudah la. Sudu tak bercampur dengan susu. So tangan basah ke takde la tercampur dengan susu. Lebih selamat gitu.


Ha bagus kan macam ni

Alhamdullilah dah masuk tin kedua. Amani dan Amina suka rasa susu Friso Gold ni. Memang asyik minta susu je. Itu pasal cepat je masuk tin kedua. Excited je bila time minum susu.



Minum selera, Sembelit pun dah baik :)

“Ame suka Friso Gold” kata Amani. Heh. Memang la suka. Sekarang Amani minum kerap. Dengan susu sebelum ni tak ada la Amani minum kerap sangat macam sekarang. Memang terbukti sedap la susu Friso Gold ni sampai tak angkat muka anak ibu ni bila minum. Hehehe. Apa pun so far Ibu puas hati. J Siapa nak cari susu formula untuk anak Boleh cuba Friso Gold. Dijamin berbaloi-baloi.
 


Sahabat baru Amani
 
Oppss sebelum ibu terlupa, kalo korang nak try Friso Gold ni korang leh dapat sample susu ni secara PERCUMA. Kalo tak caya leh tgk kat http://www.frisogold.com.my/try-friso-gold. Kemudian boleh juga track produk batch kat sini http://www.frisogold.com.my/nature-science/journey-of-friso-gold-milk. Ini memang menarik. Dengan masukkan kod product batch (ada di bawah tin susus), Ibu tunjuk kat Amani macam mana susu Friso Gold Amani daripada ladang di Holland sehingga sampai ke Malaysia. memang interaktif :) Apa pun - Ibu memang puas hati. LOVE FRISO GOLD.

 
 

@ Bengkel untuk Mu

Monday, September 14, 2015

Last weekend ada bengkel di pejabat. Bengkel Pembangunan Laman Web untu Rumah Kebajikan. Kiranya berkongsi maklumat sambil beramal. Ramai rakan yang beri sokongan. Terima Kasih semua.





 
 

@ Raya 2015

Tuesday, August 18, 2015

Lama tak letak gambar sini. Ini gambar raya hari tu. Makin ramai makin susah nak posing cun2. hehe. Ramai jadi supporter depan kamera nak bagi suma posing.

 
Semua masuk

 
Senyummmm

 
With Mak Su

 
 
My babies

@ Bokitta - Sudah terkena

Tuesday, May 19, 2015

Ibu sudah kena penyakit ketagih Bokitta. Huhu. Cantik dan senang dipakai. Cumanya harganya agak cantik. If pakai tudung sarung, macam simple sangat nak p opis. Kalau pakai selendang, selalu memang tak sempat dan malas lilit. Makanya Bokitta adalah opsyen terbaik untuk Ibu.
 
 
Wearing Bokitta p kerja
 
 
Borong jangan tak borong
 

@ Fun Run - World Hemophilia Day

Sunday, May 17, 2015

Semalam kami sekeluarga join Fun Run untuk World Hemophilia Day. Ibu bawa Anmar dan Amani. Dua-dua semangat pukul 6.15 dah bangun.

Lepas senamrobik, dalam pukul 9 pagi start lari. Ammar dan Ayah laju ke depan. Ibu lari dengan Amani. Huhu. Mula-mula laju kemain. Baru satu kilometer dah berhenti. Muka dah pucat. "Penat Ibu, nak dukung".  Hoho buat dah. Ibu dukung tapi sat-sat saja sebab tak larat. Maka dihentam menangis.

Nasib baik la ada student Ibu lalu. Boleh tumpang balik. Hehe. Ayah kata ngelat. Ngelat pun ngelat la. Rasa senget dah pinggang ni.

Masa upacara penutup. Ammar dapat lucky draw. Rezeki alhamdullilah. Maka kesimpulan cite ni adalah - next time nak lari bawa Amani sila fikir 1000 kali ye Ibu. Huhu.

Ps: Hari ni badan dah sakit kesan semalam. 😷

@ Mandikan Bayi Setiap Hari?

Friday, January 30, 2015

Mandikan bayi setiap hari? Oh semestinya. Tapi jangan terlebih pula. Menurut Dr. Foo Chee Hoe, Pakar Kanak-kanak, bayi boleh dimandikan 1-2 kali sehari. Waktu pantang selalu sekali je mandi. Bila dah habis pantang, selalu Ibu mandikan waktu pagi dan petang. Mandikan dengan air suam. Bersihkan pelipat2, celah tangan dan kaki serta belakang telinga. Ibu selalu guna yang head to toe wash - heh senang sekali sabun dan shampoo. Meh Ibu share satu artikel berkenaan mandikan baby dari laman web DoktorBudak - http://www.doktorbudak.com/2015/01/13/necessary-bathe-new-born-every-day/,



@ Kate Spade Diaper Bag

Thursday, January 29, 2015

Oh cantiknya bag ni. Diaper bag cum handbag. Tapi harga menahan la juga. Huhu. Sekarang duit Malaysia jatuh so mesti harga naik lagi. Tahun ni ekonomi meleset so tak boleh borong-borong beg sangat ye wahai Ibu. Takpalah jom cuci mata ye kekawan. Alahai...


@ Cuba Baby Room di Sunway Pyramid dan dapat Special Gift - Rugi sapa tak pi

Friday, January 23, 2015

Rumah siapa dekat Sunway Pyramid angkat tangan :) Siapa free boleh pergi cuba Baby Room di Sunway Pyramid. Pi try saje then boleh dapat Special Gift. Mudah kan? Maklumat lanjut tengok gambar bawah ni ye :)
 

@ Salam 2015

Thursday, January 22, 2015

Sekejap dah masuk 2015. Dah nak hujung bulan baru la sempat nak update blog. Sesungguhnya sejak bekerja ni, masa sangat terhad. Tapi tahun ni bertekad nak aktif juga walaupun mungkin tak seaktif dulu. Sayang dunia blog ni.
 
Ibu masih belum dapat menangani jadual kerja dengan baik. Masih terkontang kanting. Yelah sejak lahirkan Amina - maid Ibu dah balik kampung. Sejak tu memang tiada pengasuh. Mula-mula Ibu jaga sampai habis cuti bersalin, lepas tu Ayah, kemudian Tok Mama, Mak Su..haa habis satu kampung gilir-gilir jaga. Memang pening selagi tak settle masalah pengasuh ni. Semoga cepat settle supaya boleh Ibu fokus kerja pula.
 
Pasal kerja? Alhamdullilah ok cuma sangat sibuk. Dulu ingat pensyarah hanya mengajar dan buat penyelidikan. Rupanya tidak. Banyak elemen lain yang Ibu perlu belajar. Dari mengajar, supervise student, buat research, apply grant, tulis paper (baru cerita tulis belum kes nak publish :( ), present paper, review paper, manage event dan banyak lagilah. Penat memang penat tapi bagusnya memang banyak la skill dapat walau baru setahun bekerja.
 
Pasal Ammar, Amani dan Amina? Ha tu lain entri pula ye. Ibu ada benda nak buat jap. Hadiah pemenang pun belum habis pos. Sabar ye semua - sekarang bebudak tu tak sihat dah 2 minggu. Ibu memang patah tangan kaki. Ok jumpa lagi di entri seterusnya.
 
 
Chak!! Tunjuk muka sikit lama Ibu tak keluar dalam blog :P
 

@ Kenapaku pilih Dugro?

Saturday, January 17, 2015

Tahun ni Amani dah masuk 3 tahun Ammar pulak dah 7 tahun so sekarang ni yang minum susu tumbesaran ialah Amani je. Amani sekarang mium Dugro. Ada banyak sebab kenapa Ibu pilih Dugro sebagai susu Amani.

Kenapa Dugro ye?



 First, Dugro membantu untuk perkembangan otak. Dalam tiga tahun pertama anak kita means dari umur 1 hingga 3 tahun, diorang akan melalui proses pertumbuhan yang cepat. Jadi tak hairanlah apa yang kita ajar diorang akan observe dengan cepat. Contohnya sekarang Ibu tengah ajar Amani kira 1,2,3 dalam 2 hari je dia dh leh hafal. Mereka memang cepat belajar pada tahap ni. Itulah sebabnya nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan yang pesat ini.

Tolong abang buat keje sekolah

Selain tu DHA juga membantu dalam pertambahan ketinggian, kuat, menjadi lebih aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekelilingnya. Ini membawa kepada sebab kedua Dugro menjadi pilihan iaitu membantu pertumbuhan tulang. Ini part yang paling Ibu suka sebabnya Amani ni setiap petang wajib pegi taman dengan ayah dia. Kalo pegi sana memang tak duduk diam la. Lompat sana lompat sini jadi dia perlulah harus mempunyai tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Korang tahu tak hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa. Tulang Amani kuat dan sekarang dah Nampak macam 4-5 tahun tingginya walau kalau ikut baru 3 tahun.



Tulang kuat, tahan lasak
 
Selain itu, Dugro dapat membantu pertumbuhan tisu. Anak kita yang masih kecil memerlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar. Jadi Dugro ni memang bagus untuk Amani, sebab Amani ni kurang makan skit, nak makan nasi ke apa ke susah sangat so bila ada susu Dugro Amani still dapat protein even though kurang makan.
 
Dugro juga bagus untuk sistem imun. Apa tu sistem imun? Sistem imun ni setiap orang perlu ada kerana ianya satu organisma yang boleh melawan penyakit kira nak elak kita senang dijangkiti penyakit la. Macam anak ibu, selalunya kalau sorang demam yang lain akan turut demam. Macam berjangkit-jangkit pulak. Jadi, kenalah bagi anak kita mempunyai sistem imun yang kuat untuk memastikan dia dilindungi dan terus aktif bermain serta meneroka sekelilingnya. Jumlah Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya. So, bila dah minum Susu Dugro badan anak kita akan lebih kuat untuk melawan virus-virus di sekelilingnya so tak de la Ibu risau sangat dah sebab Amani dah tough dan ada pelindung =p



  Main di playground

Susu Dugro juga dapat memperbaiki sistem penghadaman Ada sesetengah budak susah sangat nak membuang. Kadang-kadang tu 2 hari sekali and ada jugak yang jenis nangis meraung bila nak membuang. Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga dapat mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus yang sesuai untuk bakteria baik (probiotik). Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan.

 
Untuk menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh anak anda, Dumex™ Dugro® 5-Nutri telah diperingkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA* untuk menyokong perkembangan otak.
 

Amani Luv it
 
Ha banyak betul kelebihan Dugro ni. Itu kata Ibu lah kan. Kata Amani - janji sodap :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop