@ Bokitta - Sudah terkena

Tuesday, May 19, 2015

Ibu sudah kena penyakit ketagih Bokitta. Huhu. Cantik dan senang dipakai. Cumanya harganya agak cantik. If pakai tudung sarung, macam simple sangat nak p opis. Kalau pakai selendang, selalu memang tak sempat dan malas lilit. Makanya Bokitta adalah opsyen terbaik untuk Ibu.
 
 
Wearing Bokitta p kerja
 
 
Borong jangan tak borong
 

@ Fun Run - World Hemophilia Day

Sunday, May 17, 2015

Semalam kami sekeluarga join Fun Run untuk World Hemophilia Day. Ibu bawa Anmar dan Amani. Dua-dua semangat pukul 6.15 dah bangun.

Lepas senamrobik, dalam pukul 9 pagi start lari. Ammar dan Ayah laju ke depan. Ibu lari dengan Amani. Huhu. Mula-mula laju kemain. Baru satu kilometer dah berhenti. Muka dah pucat. "Penat Ibu, nak dukung".  Hoho buat dah. Ibu dukung tapi sat-sat saja sebab tak larat. Maka dihentam menangis.

Nasib baik la ada student Ibu lalu. Boleh tumpang balik. Hehe. Ayah kata ngelat. Ngelat pun ngelat la. Rasa senget dah pinggang ni.

Masa upacara penutup. Ammar dapat lucky draw. Rezeki alhamdullilah. Maka kesimpulan cite ni adalah - next time nak lari bawa Amani sila fikir 1000 kali ye Ibu. Huhu.

Ps: Hari ni badan dah sakit kesan semalam. 😷

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop