@ Sambutan Bulan Play-Doh

Wednesday, September 23, 2015

Korang suka Play-Doh? Anak-anak Ibu memang suka sangat. Kepada yang berminat boleh join cubaan Play-Doh untuk memasuki The Malaysia Book of Records pada 26 September 2015 ni di One Utama.
 
Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
 
Sebelum tu boleh prektis dulu :)
 
Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
 
Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.
Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
 
 
 
Ammar and Play-Doh
 

Amani nak main juga
 

 
Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!
 
Hasil karya geng Ammar, Amani, Mak Su dan Ibu
 
Hehe. Cantik tak? Paling penting memang best. Jom sertai Play-Doh
 
 
 
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.

@ Friso Gold Pilihan Anak Ibu

Wednesday, September 16, 2015

Pemilihan susu yang sesuai dan banyak khasiatnya sangat penting untuk tumbesaran anak. Kadang-kadang bila mereka bertambahumur, susu yang selama ini diminum jadi kurang serasi. Baru-baru ni Amani, umur 3 tahun - ada masalah sembelit. Ibu suspect sebab susu. Jadi Ibu kena cari susu lain. Ibu try tukar susu ke Friso Gold. Ramai kawan Ibu suggest tukar ke Friso Gold. Ini kerana Friso Gold mengandungi Vitamin B6 dan C, Selenium, GOS, Zinc dan DHA. Semua ini penting untuk menyokong ketahanan badan anak kita. Friso Gold juga 100% dari Holland. Makanya, Ibu decide nak bagi Amani dan Amina, umur 2 tahun minum Friso Gold ni.




Amani dan Friso Gold


First time nak cuba. Packaging cantik dan kemas. Harga pun berbaloi-baloi, untuk Step 3 hanya RM60.40 (900g) dan Paling Ibu suka ialah penutupnya. Memang lain dari yang lain. Senang nak buka tutup dan lebih selamat (selamat dari kes tutup tak rapat dan masuk angin). Oh ya kalau perasan di penutup tin tu – ada protection lid. Memang direka khas untuk letak sudu susu untuk menjaga kebersihan dan elak susu daripada tercemar. Friso Gold ni satu-satunya brand yang ada protection lid ni tau. Tapi memang mudah la. Sudu tak bercampur dengan susu. So tangan basah ke takde la tercampur dengan susu. Lebih selamat gitu.


Ha bagus kan macam ni

Alhamdullilah dah masuk tin kedua. Amani dan Amina suka rasa susu Friso Gold ni. Memang asyik minta susu je. Itu pasal cepat je masuk tin kedua. Excited je bila time minum susu.



Minum selera, Sembelit pun dah baik :)

“Ame suka Friso Gold” kata Amani. Heh. Memang la suka. Sekarang Amani minum kerap. Dengan susu sebelum ni tak ada la Amani minum kerap sangat macam sekarang. Memang terbukti sedap la susu Friso Gold ni sampai tak angkat muka anak ibu ni bila minum. Hehehe. Apa pun so far Ibu puas hati. J Siapa nak cari susu formula untuk anak Boleh cuba Friso Gold. Dijamin berbaloi-baloi.
 


Sahabat baru Amani
 
Oppss sebelum ibu terlupa, kalo korang nak try Friso Gold ni korang leh dapat sample susu ni secara PERCUMA. Kalo tak caya leh tgk kat http://www.frisogold.com.my/try-friso-gold. Kemudian boleh juga track produk batch kat sini http://www.frisogold.com.my/nature-science/journey-of-friso-gold-milk. Ini memang menarik. Dengan masukkan kod product batch (ada di bawah tin susus), Ibu tunjuk kat Amani macam mana susu Friso Gold Amani daripada ladang di Holland sehingga sampai ke Malaysia. memang interaktif :) Apa pun - Ibu memang puas hati. LOVE FRISO GOLD.

 
 

@ Bengkel untuk Mu

Monday, September 14, 2015

Last weekend ada bengkel di pejabat. Bengkel Pembangunan Laman Web untu Rumah Kebajikan. Kiranya berkongsi maklumat sambil beramal. Ramai rakan yang beri sokongan. Terima Kasih semua.





 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop