@ Kleenex®: Penyelamatku

Wednesday, March 23, 2016


Ibu selalunya akan keluar atau travel bersama dengan budak-budak ni. Masa baby ok lagi sebab pakai lampin pakai buang. Bila mereka makin membesar dan tidak pakai lampin pakai buang lagi, Ibu hadapi satu masalah. Masalah apa? Masalah bila tandas kotor.


Sekejap posing sakan. Tak sampai 5 minit kena cari toilet. Huhu

Yelah, nama pun budak kecil. Nak buka seluar pun takut habis meleret kena lantai, kemudian nak duduk atas mangkuk toilet tu lagi. Huhu sungguh tak meyakinkan. Paling ngeri ialah bila takde air atau tisu. Kalau travel oversea, bukan semua toilet ada air tau. Ibu risau anak Ibu kena bakteria ke apa. Err bukan untuk anak je, untuk diri sendiri pun kadang tak sampai hati nak gunakan toilet tu.
Ini bukan masalah Ibu je tau, Kleenex® telah mengadakan kaji selidik bebas dalam talian yang melibatkan 1,160 wanita dan lelaki di Malaysia untuk memahami lebih mendalam tentang pengalaman dan tabiat rakyat Malaysia menggunakan tandas awam.

Secara keseluruhan, kaji selidik tersebut mendedahkan yang tiga daripada lima rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk menggunakan tandas awam, dengan alasan-alasan serupa iaitu lantai atau alas tandas yang basah dan kotor, tandas tersumbat atau tidak dipam, dan ketiadaan air bersih dan tisu tandas.
Khusus untuk pembersihan peribadi, rungutan yang paling banyak diterima kebanyakannya berkaitan dengan hos air kotor (60%) dan ketiadaan air dan tisu tandas (37%). Kaji selidik itu turut mendapati ramai rakyat Malaysia mengubah tabiat mereka semata-mata untuk mengelak menggunakan tandas awam. Misalnya, empat daripada lima orang yang menjalani kaji selidik itu menyatakan mereka kurang meminum air apabila keluar untuk menghadkan penggunaan tandas awam manakala ada segelintir yang akan membawa bekalan air untuk membersih ke mana-mana sahaja.

Selebriti pendukung jenama Jihan Muse berkata, “Menggunakan tandas awam ibarat berlakon dalam komedi tragik hebat – anda patut lihat bagaimana saya dengan kasut tinggi dan gaun panjang labuh, memegang beg membeli-belah, cuba mengelak lantai basah sambil mengangkat kain saya dan berharap barang-barang saya tidak terjatuh!”

Hal ini ternyata benar kerana keputusan kaji selidik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia (67%) bersetuju bahawa pakaian dan barang yang mereka pegang menjadikan lebih sukar untuk mereka membersihkan diri di tandas awam.
 
 
Ha kronikkan? Jadi apa Ibu buat? Pertama Ibu akan curah seluruh toilet dengan air dulu akan basuh betul-betul sebelum benarkan anak masuk dan guna (ini kalau ada paip air). Kedua Ibu akan buka seluar di tempat yang diyakini bersih dan kering siap-siap. Ketiga, yang PALING PENTING, Ibu akan lap mangkuk toilet tu dengan Kleenex® Wet Toilet Tissue. Haa then barulah yakin.

Apa tu Kleenex Wet Toilet Tissue? Eh ini benda wajib dalam beg Ibu dan juga dalam beg baby (beg yang simpan barang2 salinan anak sekiranya keluar rumah/travel). Meh Ibu tunjuk rupanya.

Ini untuk dalam beg Ibu - pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan dalam poket atau beg tangan (RRP RM2.10)

Ini untuk letak dalam beg baby - pek dengan 40 helai (RRP RM7.40)

Kalau nak tahu, Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam. Produk sekecil ini boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di dalam poket. Ia juga selamat untuk dipam dan hipoalergenik. Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya.
Sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam

Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my.  Pengguna juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Kleenex® secara am, layari halaman Facebook Kleenex® Malaysia (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (tol percuma) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

* Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu masa, tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

KLG said...

Thank you for sharing in this article
I can learn a lot and could also be a reference
I hope to read the next your article updates

[-] KLG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop